Wednesday, November 7, 2007

Just Another Reminder

Sorry guys, if I use this space for this purpose...

Perhimpunan 100,000 Rakyat anjuran BERSIH

Dikhabarkan bahawa BERSIH (kononnya gabungan beberapa NGO-NGO) akan menganjurkan perhimpunan ini pada 10 November 2007 di Kuala Lumpur. Saya pasti ramai yang telah mengetahui mengenainya. Jika ditanya pendapat saya, perhimpunan ini tidak akan memberi sebarang faedahpun kepada rakyat. BERSIH yang diketuai oleh Anwar Ibrahim menuntut dalam pilihan raya negara ini supaya dikuatkuasakan :-
  1. The use of indelible ink
  2. A cleanup of the electoral roll
  3. The abolition of domestic postal voting
  4. Fair access to the media

Mereka akan menyerahkan memorandum sedemikian kepada Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekelian, perkara 2 dan 3 itu perlu ditentukan di Parlimen kerana perkara-perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk mengubahnya ia perlu dibahaskan di Parlimen. Manakala perkara 1 dan 4 adalah terletak di tangan SPR.

Perkara 1 bagaimanapun telah diperkenalkan oleh SPR tidak lama dahulu. Maka tiada lagi isu mengenainya. Namun, tuntutan ke-4 itu sebenarnya menunjukkan kita bahawa negara ini tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri lagi. Seolah-olah Malaysia masih sebuah negara mundur, kelas ke-3 seperti negara-negara yang sedang bergolak. Hanya negara-negara seperti ini sahaja yang memerlukan pemerhati luar dalam proses demokrasinya. Saya pasti situasi seumpama ini tidak berlaku di Malaysia. Pada awal kemerdekaan kita dahulu pun ada pemerhati asing untuk tujuan pilihan raya ini. Tetapi kini tidak lagi.

Apa yang ingin tekankan di sini adalah keselematan para hadirin di perhimpunan tersebut. Sesungguhnya perhimpunan ini masih tidak mendapat permit berhimpun daripada Polis seperti mana yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Lagipun BERSIH bukanlah satu pertubuhan yang didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia. Berdasarkan akta berkenaan, permit berhimpun hanya boleh diberikan kepada mana-mana pertubuhan yang sah disisi undang-undang Malaysia sahaja selagi didapati tiada implikasi ke atas ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Apabila tiada permit berhimpun maka perhimpunan ini akan menjadi satu perhimpunan haram. Jelas sekali pihak Polis akan bertindak. Dalam pemikiran saya sekarang ini, tragedi reformasi pada 1998-99 akan berulang kembali. Yang menjadi mangsanya adalah rakyat bukannya pihak penganjur.

Rakyat terutama yang berada di outer circle perhimpunan itu mungkin akan dikerjakan oleh FRU jika arahan bersurai oleh Polis tidak dihiraukan, sepertimana ketika perarakan reformasi Anwar. Yang akan terselamat ialah orang-orang di tengah-tengah perhimpunan itu. Dan mereka ini pastilah pihak penganjur. Amat jelas mereka menggunakan rakyat sebagai human shield daripada ditangkap Polis. Mereka memperalatkan orang awam.

Apa yang saya tidak faham adalah mengapa tidak Anwar Ibrahim mengubah 'sistem pilihan raya' ini ketika beliau masih sebagai Timbalan Perdana Menteri? Beliau punya ramai sahabat di Parlimen pada ketika itu. Melebihi 2/3 iaitu kuota yang perlu untuk Perlembagaan dipinda. Mengapa sekarang? Analisis saya adalah beliau hanya mencari isu dan menimbulkan isu.

Sekiranya 100,000 rakyat turun untuk perhimpunan ini, akan penuh sesak Kuala Lumpur. Jalan raya akan jam. Ketenteraman awam mungkin akan terjejas. Harta benda awam are in jeorpadise. Ini pasti berlaku jika berlaku rusuhan. Apabila berlaku rusuhan, siapa yang akan 'dibelasah' FRU? Rakyat! Adakah ini imej yang ingin kita pertontonkan kepada dunia bahawa kita tidak lebih daripada keadaan di Myanmar, Pakistan, Sudan dan Timor Leste.

Saya berharap, sahabat-sahabat sekelian dapat membantu diri sendiri untuk tidak turut serta perhimpunan ini. Ia membahayakan keselamatan diri. Membahayakan ketenteraman awam. Mungkin akan menjejaskan keselamatan negara if worse case scenario berlaku. Maklumlah kepada rakan-rakan yang lain.

Makluman ini adalah untuk keselamatan sahabat-sahabat sekelian.

7 comments:

taufiq said...

As of semalam konfem permit tak dapat, sepertimana diumumkan dalam warta perdana. Apa kata gomen kuarkan pengumuman rasmi kat tv dan akhbar tentang bagaimana dapat membantu berbincang isu 1-4 itu.

As for me, aku rasa diorang nak isu no. 4 tu je dut.. yg 1-3 tu nak tarik lagi banyak demografi manusia untuk turun je. Aku pun nak tengok no. 4 tu jugak sebenarnya. Rasanya sekarang dah better than 4 years ago, which is good as a start.

Pastu tak payah hantar banyak sangat polis la... Kalau nak hantar pun buat jaga traffic je, macam yg dilakukan kat negara-negara yg lebih maju. Sebab nanti org komplen.. polis terpaksa buat keje lain walhal banyak lagi isu-isu keselamatan negara boleh dibuat pada masa yang sama.

Diorang berkumpul tu bukan ape saje nak bangga-bangga dengan kawan-kawan je tu -''haa aku pun join perhimpunan BERSIH hari tu'' - takde org nak buat kacau sangat pun.

So hantar polis trafik jadilah ye. Kalau hantar FRU pun suruh diorang jaga trafik je.

badigoL said...

ADAKAH ANDA SUDAH BERDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?

taufiq said...

sudahkah anda layak menjadi pengundi?
...
Enip, register utk aku bleh?

Anonymous said...

Bila nak suh aku hack web anti-gov nih..bayaran lumayan gak...

Anonymous said...

THE PEOPLE SHOULD NOT BE AFRAID OF THEIR GOVERNMENT. THE GOVERNMENT SHOULD BE AFRAID OF THEIR PEOPLE

azwan said...

hahaha.. aku takut gak aa kot KE. aku utang depa.. sampai tua gak la nak bayaq.

Anonymous said...

"Any society that would give up a little liberty to gain a little security will deserve neither and lose both." - Ben Franklin (dalam game civ 4)