Tuesday, August 10, 2010

Nur Safiah Batrisyia Bt Mohd Faizal


Congrates Peja & Salwa......


Wednesday, August 4, 2010

Kenduri Intan

Congrates Intan Mazlina & Redzuan!!!
Intan jemput semua ke kenduri dia
belah Intan pada 8 Ogos 2010
alamat: Kg Rinching Hilir 43000 Kajang

Monday, July 12, 2010

Geng Utagha menyambut En Taufiq & Pn Ana


Alhamdulillah selamat sudah Taufiq and Ana membuat kunjungan hormat kt Penang before diorg balik DC semula....

kat umah Kak Melati & Abg Rasyid...dah ckp xpayah susah2..tup2 ada mee kuah ala Kent style, kek sponge, and buah2 lagi tu....siap masa kami tgh makan Kak Timah dari Cleveland cal..(mcm tau2 je kami ada kt umah ni)


Lps tu ke rumah Peja & Salwa...huhu ada langsir merah love2 lagi tu

Dgn Pn Salwa & En Peja....bln depan nak dpt baby..congrates!

then ke Kulim menziarah Paie & Enif

Laa sian Naufal tunggu uncles and auntie kan...hehe..
Thanks semua kerana menanti kehadiran kami squad Terjah-Deco Deco featuring special guests...And selamat berangkat Ana & Taufiq...jaga diri kt sana nanti....:D



Monday, June 28, 2010

Terjah Deco Deco episod 3

Alhamdulillah, krew terjah ke rumah Imran & Shima di Salak Tinggi.......





inilah rumah saya.....kata Pokcik..selamat datang krew Terjah Deco Deco


Nampak nya both Pokcik & Mokcik suka color coklat laa...tema rumah ni coklat


tpt tgk TV

burpp...selamat dah makan...menu kesukaan ialah ayam masak kurma..ayam panggang oven sudah abes..begitu juga dgn dadih manis...


thanks Imran & Shima kerana menjemput kami :)


krew: Omar, Nash, Azad, Juwe

From Kuantan with LOVE

congrates Ana & Taufiq










Tuesday, May 4, 2010

Marhaban Alayk

asSalamualaykum, name is Muhammed Fatih Ilhan. 14042010.

Thursday, April 15, 2010

April - the CASE Baby Month

pls wait for baby-Anas & baby-Pari... :D

Wednesday, April 14, 2010

Congrates Bad & Liya


another baby CASE! Her name is Irsa Afiqa

Sunday, April 11, 2010

Baby CASE - EJ


welcome Enif junior!!! His name is Muhammad Naufal!
congrates Enif & Paie!! nanti kami dtg melawat


Sunday, March 7, 2010

Congrats Pari!

Dipetik dari Harian Metro (7 Mac 2010)


Tetap pergi kuliah walau dipapah

2010/03/07

GOMBAK: “WALAU terpaksa dipapah, saya tetap mahu ke kuliah. Saya tidak mahu ketinggalan dan hanya ‘ponteng’ kuliah jika ditahan di wad, biasanya ketika penyakit aktif,” kata Shazana Liani Mohd Sani, 23, pelajar terbaik Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam, Kolej Islam Antarabangsa yang menghidap penyakit sendi, artritis reumatoid.

“Sepanjang pengajian, memang kerap saya dimasukkan ke hospital. Namun dugaan ini menguatkan semangat untuk belajar. Sebagai ganti waktu yang ‘hilang,’ saya gandakan usaha mengulang kaji, kerap berjumpa pensyarah untuk nasihat dan memastikan setiap tugasan dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya pada Majlis Konvokesyen Ke-5 Kolej Islam Antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.


Antara rahsia kejayaan Shazana yang kini melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang sama di sebuah universiti di United Kingdom ialah sentiasa berfikiran positif dan menerima anugerah Allah dengan hati terbuka walaupun doktor pernah memberitahu penyakitnya boleh menyebabkan dia lumpuh atau cacat sepanjang hayat jika tidak dikawal.


Pelajar terbaik Sijil Pendidikan Montessori, Fariza Ariffah Zabir, 27, yang turut memiliki Ijazah Kejuruteraan Bioperubatan, bersyukur dengan pencapaiannya walaupun terpaksa menghampakan ibu bapanya yang mahukan dia meneruskan pekerjaan sebagai jurutera.


“Mulanya memang saya bekerja sebagai jurutera tetapi berhenti dan menjadi guru tadika Montessori.

“Saya lebih tertarik pada pendidikan kanak-kanak dan ingin tahu lebih banyak mengenai mereka; mungkin ini adalah pengaruh anak buah yang masih kecil. Bagaimanapun, saya tidak kesal kerana bidang ini lebih dekat dengan masyarakat.


“Saya mahu terapkan nilai-nilai agama pada murid saya. Walaupun saya belajar pendidikan Montessori tetapi mempunyai pendekatan Islam dan saya fikir ia penting supaya nilai agama boleh dipupuk sejak kecil.


“Sebagai bakal ibu, saya bimbang jika gejala sosial remaja akibat kurang penghayatan agama berlaku pada anak saya,” katanya.


Pelajar terbaik Diploma Sains Komputer yang kini menjadi mahasiswa tahun dua di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nor Adzlan Jamaludin, 22, berkongsi dua petua kejayaannya iaitu memasang niat mahu belajar setiap hari sebelum ke kuliah dan memilih bidang yang diminati.


“Apabila kita berniat mahu belajar, insya-Allah tumpuan akan lebih baik kerana menjadi tekad atau cita-cita. Malah, proses belajar akan jadi lebih mudah jika kita mengambil subjek yang disukai,” katanya.


Pada konvokesyen untuk 1,077 pelajar peringkat diploma dan sijil daripada lapan jurusan yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu, 10 pelajar diisytiharkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang masing-masing, termasuk iaitu Anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum (diterima Muhammad Nabil yang turut dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan).


Tahun ini juga satu kategori khas diperkenalkan iaitu Anugerah Kemanusiaan diberi kepada bekas pelajar Diploma Pentadbiran Perniagaan, Allahyarham Muhamad Nur Salam Husin dan ia diterima ayahnya, Husin Salamon.

Anugerah ini diberikan bagi mengenang jasa Muhamad Nur Salam yang lemas pada 31 Mac 2008 selepas menyelamatkan rakan sekelas.

Original article taken from here

*Well Done Pari from Case Alumni Malaysia!*