Friday, October 5, 2007

Open House CASE Alumni

Memikirkan Iftar a.k.a. Reunion CASE@Malaysia (batch 2000 ke atas) secara dasarnya boleh dikatakan sangat berjaya kerana almost everybody yang reside kat KL, Selangor dan Putrajaya termasuk seorang dari Kulim , Kedah hadir mungkin boleh dianjurkan pula satu Rumah Terbuka Aidilfitri 1428, CASE@Malaysia diadakan yang melibatkan semua bekas penuntut Case Western Reserve University yang boleh dihubungi.
Cadangannya supaya :-
  • diadakan di satu tempat terbuka yang ada facilities seperti bilik air dan surau serta kawasan permainan kanak-kanak;
  • dibuat secara semi pot-luck (masing-masing bawak kueh-mueh raya, ketupat, lemang, rendang dan minuman dan makanan berat lain seperti mee atau bihun boleh tempah daripada sesiapa); dan
  • kos ditanggung oleh participants.

Di Cyberjaya (di Kelab Komuniti, Taman Tasik Cyberjaya) ada facility seperti function hall (RM200/hr on weekend), basketball court, futsal court, tennis court, driving range (RM7.00/100balls), taman permainan kanak-kanak, surau, bilik air dan macam-macam lagi. Kalau di situ, boleh diadakan Open House/Family Day. Boleh la berkenal-kenalan antara kita. Ataupun di mana sahaja yang difikirkan sesuai.

Adalah dicadangkan.

10 comments:

badigoL said...

ok on...aku support punya segala event hang badut

azwan said...

saya juga. saya sokong. apa kata bagi jek cadangan dulu. pastu kita buat poll. tp buat masa ni aku pun tade cadangan lg. huhu..

taufiq said...

saya sokong!! Boleh merasa join sekali.

badigoL said...

aku ingat kalo dapat cari port nak buat BBQ ke...like old times...BBQ kat eerie lake...hehe...sesapa bole recommend tempat and from there on...kita bole plan sebaik yang mungkin...so that amet tak rasa menyesal bayaq duit tol from SP ke KL

Kerm said...

aku pernah pi main futsal kat cyberjaya community club tuh. tempat quite nice aa . ade tasik lagi tepi tuh. cume padang futsal die sedih sikit (maybe dah tukar kut) . nak pi sana pun senang tak jam . tapi kalau takde map boleh sesat gak aa. tempat tuh tersorok sikit.

apa2jela said...

Nih nanti bagi cadangan pastuh buat poll ker? Kalau buat masa weekend aku tak kisah memane asalkan selesa... Titiwangsa ok gak tapi udara kurang selesa sikit la. Aku cadangkan buat jerla kat Cyberjaya tuh. Buatla masa atty da balik (dia balik bila?). Meriah sikit kalu ada budak2 berlari ke sana ke mari

muhammedsmama said...

interesting2. ni plan by when ? 2nd or 3rd week raya? hopefully sempat book la kan.

budak2 ? hajar je la kot, adam nak lari camner wei.. anak-anak sedara i boleh ke mai? ;)

Anonymous said...

hmm. what about pari's family place in banting? ada futsal court jugak ape. hehehe.

tapi cyberjaya tu kalau ok tk kesah la.

titiwangsa menarik tapi sesungguhnya panas la kan. ni bukan US dah.. huhu.

Illid said...

Aku assume nak buat ni time Syawal la kan? Tarikh tu kalau boley bgtahu la at least 1-2 minggu sblm. Takut ader plan lain. Pastu psl tempat tu, so long dalam daerah KL, Putrajaya or Selangor ok jer kot. Yang penting tmpt tu ader tmpt berteduh, skang kan slalu jer hujan lebat ptg2.

bakat said...

Eerie lake ambiance wei hehe